Tips/Petua Kecantikan




Santan tidak berbau
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

Petua kempiskan perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..
AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...


Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas  bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh  sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau  nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar  sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa  yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama  garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci  terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit  dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga  bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Mata Anak bersinar
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan  sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga  sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.